Pengikut laman ini

Monday, March 11, 2024

Menentukan Teknik Penyampaian Idea

 Cara Menentukan Jenis Teknik Penyampaian Idea

1. Kenal pasti Pernyataan Umum (PU) atau Pernyataan Khusus (PK).

2. Bagaimanakah cara untuk mengenal pasti Pernyataan Umum atau Pernyataan Khusus?

3. Pernyataan Umum bersifat umum dan boleh disoal serta ada jawapan terhadap soalan itu. Pernyataan Khusus pula bersifat khusus dan tidak perlu disoal kerana sudah jelas.

Contoh Wacana

Hutan merupakan khazanah alam yang sangat berharga kepada kita. (PU)  Pelbagai jenis herba, kayu, rotan, dan buluh terdapat di dalam hutan. (PK) Hasil hutan itu sangat diperlukan dalam pelbagai industri seperti perubatan tradisional, perabot, dan kraftangan. (PK) Pendek kata, hutan ialah khazanah yang tinggi nilainya kepada manusia. (PU)    (35 perkataan)

Untuk penjelasan lanjut layari https://www.youtube.com/watch?v=521CixU7cxo&t=1084s


Sunday, February 13, 2022

20 Isu Esei STPM K1 dengan Fokus Soalan dan Cadangan Isinya

(i) Penyeludupan

    Faktor

1.    Kurang didikan agama/moral

2.    Sifat tamak/mahu dapat wang dengan mudah

3.    Hukuman/denda yang ringan/kurang berkesan

4.    Kawalan yang longgar di kawasan sempadan negara

    Kesan

1.    Menyebabkan kerugian kepada kerajaan dari segi hasil cukai

2.    Menjejaskan industri/peniaga/pengusaha tempatan

3.    Menggugat keamanan/keselamatan negara

    Langkah/usaha

1.    Pertingkatkan rondaan di kawasan sempadan negara kita

2.    Bina lebih banyak pondok kawalan di kawasan sempadan

3.    Perketatkan penguatkuasaan undang-undang/hukuman lebih berat

4.    Pasang lebih banyak kamera litar tertutup (cctv) di kawasan sempadan

 

(ii) Vandalisme/Merosakkan Kemudahan Awam

    Faktor

1.    Kurang didikan agama/moral

2.    Pengaruh daripada rakan sebaya

3.    Masalah psikologi/suka merosakkan barang

    Kesan

1.    Menimbulkan masalah kepada orang lain yang memerlukannya

2.    Menyebabkan kerugian kepada pihak kerajaan/berkuasa

3.    Menjatuhkan imej/mencacatkan pemandangan

    Langkah/usaha

1.    Menjalankan kempen kesedaran

2.    Mengenakan denda yang berat

3.    Mendidik anak-anak sejak kecil

 

(iii) Jenayah siber

     Faktor

1.    Kurang didikan agama/moral

2.    Penyalahgunaan ilmu/kemahiran

3.    Sifat tamak/mahu dapat wang dengan mudah

4.    Mangsa mudah ditipu/tiada pengetahuan tentang jenayah tersebut

     Kesan

1.    Menyebabkan kerugian dari segi wang ringgit

2.    Menyebabkan kebocoran data/maklumat peribadi

3.    Menjatuhkan maruah orang lain/memalukan orang lain

4.    Meningkatkan bilangan kes perjudian haram dalam talian

     Langkah/usaha

1.    Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat

2.    Memberikan didikan agama/moral sejak kecil

3.    Menjalankan kempen kesedaran

 

 (iv) Jurulatih import

      Kebaikan

1.    Berkongsi pengalaman dan kemahiran yang banyak

2.    Memperkenalkan teknik/corak permainan yang terkini

3.    Mempunyai banyak idea untuk kemajuan pasukan

      Keburukan

1.    Masalah komunikasi dengan pemain

2.    Latar belakang budaya yang berbeza

3.    Teknik/corak permainan yang tidak sesuai

4.    Gaji yang tertalu tinggi/kos pengurusan pasukan meningkat

 

(v)  Pendatang asing

      Faktor

1.    Masalah kemiskinan/kurang pekerjaan di negara mereka

2.    Peluang pekerjaan yang banyak di negara kita

3.    Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

      Kesan/Masalah

1.    Meningkatkan kes jenayah

2.    Menggugat keselamatan negara

3.    Menyebarkan penyakit yang berjangkit

4.    Menimbulkan rasa takut kepada masyarakat

      Langkah/usaha

1.    Menguatkuasakan undang-undang dengan lebih ketat

2.    Menghantar pendatang asing pulang ke negara asal

3.    Menjalankan rundingan secara diplomatik

 

(vi) Industri perfileman

      Kepentingan

1.    Alat/medium hiburan

2.    Medium kritikan sosial

3.    Medium pengajaran/nilai murni

4.    Gambaran/citra kehidupan masyarakat

5.    Peluang pekerjaan dalam industri filem

      Usaha/langkah

1.    Memberikan bantuan kepakaran

2.    Memberikan bantuan modal/wang

3.    Memberikan bantuan peralatan yang terkini/canggih

4.    Menganjurkan kursus yang berkaitan dengan perfileman

 

(vii) Penyakit berbahaya

       Faktor

1.    Kurang menekankan aspek kebersihan

2.    Amalan pemakanan yang tidak seimbang

3.    Kurang mengamalkan budaya hidup yang sihat

4.    Tidak membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala

       Langkah/usaha

1.    Mengamalkan pemakanan yang seimbang

2.    Mengamalkan budaya/cara hidup yang sihat

3.    Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala

4.    Memberikan penekanan terhadap aspek kebersihan

 

(viii) Industri pelancongan

        Faktor

1.    Keindahan alam semula jadi

2.    Keunikan budaya masyarakat

3.    Kelazatan makanan/kuih-muih

4.    Keamanan negara/kestabilan politik

5.    Kemajmukan kaum/etnik/suku kaum

6.    Sistem pengangkutan/perhubungan yang baik

        Kepentingan

1.    Menggalakkan masyarakat menjadi usahawan

2.    Memberikan pulangan dari segi ekonomi

3.    Mempercepat pembangunan negara

4.    Memajukan industri kecil/desa

        Langkah/usaha

1.    Menyediakan prasarana yang lengkap

2.    Menjalankan kempen secara besar-besaran

3.    Memberikan insentif kepada pengusaha industri pelancongan

 

(ix) Masalah pengangguran 

      Faktor

1.    Sikap terlalu memilih pekerjaan

2.    Keadaan ekonomi yang lembab

3.    Pelabur asing menarik pelaburan

4.    Masalah pandemik/wabak penyakit

      Kesan

1.    Ekonomi tidak berkembang

2.    Masalah kemiskinan meningkat

3.    Pembangunan negara terbantut

4.    Pembaziran guna tenaga berlaku

      Langkah/usaha

1.    Menarik pelaburan asing

2.    Memberikan bantuan/insentif kepada majikan

3.    Menggalakkan remaja mencipta peluang pekerjaan

4.    Menggalakkan remaja mengikuti kursus kemahiran/teknikal

 

(x) Sungai/laut

      Kepentingan

1.    Sumber protein/makanan

2.    Sumber air bersih (sungai)

3.    Habitat pelbagai jenis haiwan

4.    Jalan air/ sistem pengangkutan

5.    Sumber tenaga hidroelektrik (sungai

6.    Tempat/pusat riadah/perkelahan (sungai)

      Kesan pencemaran

1.    Mencemarkan sumber air (sungai)

2.    Mencacatkan pemandangan/imej

3.    Menyebabkan haiwan mati/pupus

4.    Menyebabkan banjir (sungai)

      Usaha/langkah

1.    Menjalankan gotong-royong

2.  Menjalankan kempen kesedaran

3.   Meningkatkan penguatkuasaan/denda

4.  Menyelenggara perangkap sampah (sungai)

5.    Mengelakkan pembuangan sampah ke dalam sungai/laut

 

(xi) Sektor pertanian

      Faktor

1.    Tanah masih banyak/tidak diusahakan

2.    Tanah yang subur dan sesuai untuk pertanian

3.    Cuaca/suhu yang sesuai untuk aktiviti pertanian

4.    Ada kepakaran/organisasi dalam penyelidikan pertanian

      Kepentingan

1.    Menjadi pengeluar/pengeksport komoditi

2.    Menyediakan sumber/bekalan makanan

3.    Menyediakan peluang pekerjaan

      Langkah/usaha

1.    Mewajibkan mata pelajaran pertanian

2.    Menyediakan khidmat nasihat/kepakaran

3.    Menggalakkan belia menceburi bidang pertanian

4.    Menjalankan kempen kesedaran tentang pertanian

5.    Memberikan bantuan/insentif dalam bidang pertanian

 

 (xii) Sastera Melayu Tradisional

       Kepentingan

1.    Alat/medium hiburan

2.    Sumber kritikan sosial

3.    Identiti budaya negara

4.    Budaya/warisan/khazanah turun-temurun yang tinggi nilainya

       Usaha/langkah

1.    Menyiarkannya dalam media massa arus perdana

2.    Tambah baik kurikulum tentang sastera Melayu tradisional

3.    Terapkan sastera Melayu tradisional dalam aktiviti kokurikulum

4.    Anjurkan pertandingan mencipta karya sastera Melayu tradisional

5.    Jalankan kempen tentang sastera Melayu tradisional melalui media massa

 

(xiii) Kenaikan harga barang

        Faktor

1.    Peningkatan kadar cukai barang

2.    Kenaikan harga barang yang diimport

3.    Kenaikan harga petroleum/kos pengangkutan

4.    Kurang penawaran terhadap sesuatu barang

        Kesan

1.    Meningkatkan kadar inflasi

2.    Kadar kemiskinan meningkat

3.    Menjejaskan pertumbuhan ekonomi

4.    Membebankan golongan miskin/berpendapatan rendah

        Usaha/langkah

1.    Menjalankan kempen jimat-cermat

2.    Mengetatkan kawalan harga barang

3.    Menetapkan harga siling/maksimum

4.    Menjalankan pemeriksaan harga barang

 

 (xiv) Pelaburan asing

        Faktor

1.    Kestabilan politik

2.    Prasarana yang lengkap

3.    Tenaga kerja yang mencukupi

4.    Keamanan negara/tiada pergaduhan

5.    Sistem pentadbiran yang cekap/sistematik

        Kepentingan

1.    Memajukan ekonomi negara

2.    Meningkatkan peluang pekerjaan

3.    Meningkatkan kemajuan/pembangunan negara

        Langkah/usaha

1.    Menghantar rombongan ke luar negara

2.    Meningkatkan kemudahan/prasarana

3.    Menyediakan insentif/galakan

 

(xv) Kes buli   

       Faktor/sebab

1.    Tiada sikap empati

2.    Sejarah hitam/pernah dibuli

3.    Kurang didikan ekonomi/moral

       Kesan

1.    Menyebabkan kecederaan

2.    Mengakibatkan kematian/kehilangan nyawa

3.    Masalah psikologi/emosi/tekanan perasaan

       Langkah/usaha

1.    Meningkatkan denda/hukuman

2.    Mengetatkan kawalan disiplin di sekolah

3.    Menjalankan rawatan klinikal yang berkesan

 

 (xvi) Kemalangan jalan raya

        Faktor

1.    Penyelenggaraan jalan raya yang lemah

2.    Masalah teknikal/kerosakan kenderaan

3.    Kecuaian/sikap pengguna jalan raya

4.    Masalah cuaca yang tidak baik

        Kesan

1.    Kematian/kehilangan nyawa

2.    Kecederaan anggota tubuh

3.    Tekanan emosi/psikologi

4.    Kerugian/kerosakan

        Langkah/usaha

1.    Menjalankan kempen keselamatan jalan raya

2.    Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang

3.    Menggubal kurikulum pendidikan keselamatan jalan raya

4.    Menambah baik/menyelaraskan kurikulum sekolah memandu

 

(xvii) Kes ragut

        Faktor

1.    Kurang didikan agama/moral

2.    Desakan hidup yang dialami peragut

3.    Ruang/peluang terbuka luas kepada peragut

4.    Sikap malas bekerja/mahu mendapatkan wang dengan mudah

        Kesan

1.    Kesan psikologi

2.    Kerugian kepada mangsa

3.    Kecederaan akibat diragut

4.    Kematian/kehilangan nyawa

        Langkah/usaha

1.    Meningkatkan hukuman/denda

2.    Menjalankan kempen kesedaran

3.    Memberikan didikan agama/moral

 

 (xviii) Institusi pendidikan/sekolah/kolej/universiti swasta

         Faktor

         Kepentingan/kelebihan

1.    Kualiti pendidikan yang lebih baik

2.    Kemudahan yang disediakan lebih canggih

3.    Peluang pekerjaan yang lebih luas kepada graduan

         Masalah

1.    Kos terlalu tinggi

2.    Tenaga pensyarah kurang berkualiti

3.    Kemudahan tidak secanggih yang digambarkan 

      (ix) Permainan tradisional

       Faktor kurang diminati

  1.    Saingan daripada permainan moden

  2.    Kurang menarik perhatian generasi muda/remaja

  3.    Kurang pendedahan kepada kanak-kanak/remaja

       Usaha/langkah

 1.    Menjalankan kempen tentang permainan tradisional melalui media massa

 2.    Menerapkan permainan tradisional dalam aktiviti kokurikulum

 3.    Menganjurkan pertandingan permainan tradisional

 

(xx) Laman sosial

       Kepentingan/kelebihan

1.    Mengeratkan hubungan

2.    Memudahkan urusan harian

3.    Memudahkan penyebaran maklumat

4.    Menggalakkan perkembangan dalam perniagaan

       Kesan buruk

1.    Menimbulkan masalah psikologi/tekanan perasaan

2.    Menggalakkan sikap suka menunjuk-nunjuk

3.    Menyuburkan budaya fitnah/berita palsu

4.    Mendedahkan diri kepada jenayah siber

       Langkah/usaha

1.    Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang/hukuman

2.    Menjalankan kempen kesedaran tentang laman sosial

3.    Menerapkan pendidikan agama/moral