Pengikut laman ini

Friday, February 26, 2010

Pencapaian Cemerlang STPM 2009


Dengan berdasarkan keputusan STPM 2009 yang dikeluarkan pada 25 Februari yang lalu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar STPM SMKBBST tahun 2009 kerana telah dapat mempertahankan peratus kelulusan seperti tahun 2008 iaitu kelulusan 100 peratus. Tahniah juga kepada pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran Bahasa Malaysia kerana dapat mempertahankan pencapaian 100 peratus lulus walaupun bilangan yang memperoleh Prinsipal A merosot sedikit berbanding dengan tahun 2008. Walau bagaimanapun pelajar yang memperoleh Prinsipal B pula meningkat kali ini. Yang berikut disenaraikan pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia 2009.

Prinsipal A – 4 orang
Prinsipal B – 10 orang
Prinsipal C – 2 orang
Jumlah pelajar ambil Bahasa Malaysia - 16 orang

Tahniah kepada pelajar-pelajar yang memperoleh Prinsipal A dalam Bahasa Malaysia iaitu Nadia, Khalidah, Siti Aisyah, dan Siti Umairah. Pelajar-pelajar lain juga tidak mengecewakan kerana memperoleh Prinsipal B dan cuma dua orang sahaja yang memperoleh Prinsipal C. Tahniah juga khususnya ditujukan kepada Nadia yang terpilih sebagai pelajar terbaik STPM daerah Sepang dengan pencapaian 4 Prinsipal (3A & 1B).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada semua pelajar kerana usaha gigih anda selama ini telah membuahkan hasil yang membanggakan guru-guru dan pihak sekolah. Keputusan tersebut juga telah membuktikan bahawa SMKBBST masih mengungguli pencapaian STPM di daerah Sepang. Hal ini bermakna SMKBBST masih mengatasi SMK. Sungai Pelek dan SMK. Cyberjaya dari segi peratus kelulusan dan kualiti. Teruskan usaha anda untuk menempa nama di universiti nanti.

Oleh: Cikgu Mohd Khir Kassim

6 comments:

PENGULAS BEBAS & BERKECUALI said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam, cikgu
Apa pendapat anda tentang prestasi pelajar bagi Kertas 2 ? Sebab pelajar saya majoriti hanya mampu memperoleh B+,B,B-B, C sahaja. Sedangkan kertas 1 , 31 orang mendapat A. (Gred keslruhan , 8 org mendapat A)

Segala respon saudara saya dahului dgn ucapan terima kasih.

Anonymous said...

Terima ksh ckg atas kesudian ckg utk mengajar sy subjek BM walaupun tidak mengajar sy sms dia prauniversiti..peristiwa nie pengalaman yg plg tidak dpt sy lupakan..sy bgtu menghargai jasa ckg dlm membentuk dri sy sekarang...sy akan doakan yg terbaik utk ckg...hrp,sy pula dpt menabur bakti kpd semua guru yg tlh mengajar sy,smkbbst dan bahasa Malaysia khususnya..insya Allah...

Cikgu Mohd Khir Kassim said...

Nadia, tahniah kerana telah membuktikan bahawa awak dapat mencapai kejayaan yang cemerlang.
Saya yakin bahawa usaha gigih dengan teknik yang betul pasti akan membuahkan hasil.
Semoga berjaya di universiti nanti. Buktikan bahawa awak boleh melakukannya, jika ada kemahuan dan usaha gigih tanpa meneganal jemu.

Aida Ali said...

Tahniah kepada SMK BBST dan juga kepada cikgu Khir.

PENGULAS BEBAS & BERKECUALI said...
This comment has been removed by the author.