Pengikut laman ini

Sunday, October 31, 2010

ANALISIS SOALAN KARANGAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM NEGERI-NEGERI 2010

Bil.
Negeri
Isu
Fokus soalan
Format
1.
Kedah
i. Masalah
pembuangan   bayi yang berpunca
daripada  
kepincangan   
keluarga
Sejauh manakah benarnya penyataan itu.
Umum
ii. Komunikasi
    cara elektronik
Bincangkan kesannya
Umum
iii. Pendatang asing
    tanpa izin
Bincangkan sebab kemasukan pendatang asing tanpa izin perlu dihadkan
Umum
iv.Kemalangan maut
  semakin meningkat
   menjelang musim
   perayaan
Punca-punca dan cadangan untuk mengatasinya.
Laporan
2.
Selangor
i. Keganasan rumah tangga berpunca   daripada tekanan hidup
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan itu?
Umum
ii. Penguasaan
   penjawat awam     wanita dalam perkhidmatan
Faktor dan kesan
Laporan
iii. Kebimbangan para peniaga barangan asli terhadap barangan tiruan
Kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan langkah untuk menanganinya
Memorandum
iv.Penuntut asing di
    institusi pengajian
   tinggi di negara kita
Faktor pertambahan dan kesannya
Umum
3.
Pahang

i.  Bencana alam
Punca-punca dan cadangan
Laporan
ii. Kanak-kanak yang   hilang
Punca-punca dan langkah-langkah untuk menanganinya
Umum
iii. Negara
   Perindustrian Baru
Mampukah Malaysia mencapainya pada tahun 2020
Umum
iv. Filem sebagai satu   elemen seni budaya
Huraikan peranan filem dalam masyarakat
Umum
4.
Terengganu
i.   Kegiatan lumba   
     motosikal secara
     haram
Kesulitan yang dihadapi oleh para peniaga dan cadangan untuk menanganinya.
Memorandum
ii.  Gejala keruntuhan akhlak dalam      kalangan remaja berpunca daripada
perkembangan    
media elektronik
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut?
Umum
iii.  Masalah
     kekurangan
     air bersih
Kesan kekurangan air bersih kepada hidupan di muka bumi dan cadangan untuk menangani masalah itu.
Umum
iv.  Rukun Negara
Kepentingan dan langkah-langkah untuk meningkatkan penghayatan remaja terhadap Rukun Negara
Ceramah
5.
Kelantan
i.    Pertumbuhan
     ekonomi negara
Langkah-langkah untuk memantapkan ekonomi negara
Umum
ii.   Artis yang
     mempunyai
     kelompok peminat
    dan artis yang       
    tidak  boleh 
    dijadikan ikutan
Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan itu?
Umum
iii.  Remaja perlu
     mempunyai hala
     tuju dalam
     kehidupan
     mereka
Usaha-usaha untuk membentuk remaja menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat dan negara.
Umum
iv.  Kedudukan
      bahasa Melayu
      sebagai bahasa
      rasmi     semakin
      terancam
Punca-punca masalah itu dan langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu
Laporan


Saturday, October 30, 2010

Fokus Karangan STPM 2010 – Pelaburan Asing

Satu daripada isu yang perlu difokuskan dalam karangan STPM 2010 nanti ialah isu yang berkaitan dengan pelaburan asing.


Di bawah ini, dipaparkan karangan yang ditulis oleh Norfazlina binti Idris (6A1), iaitu pelajar SMK. Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Soalan Contoh

Pelaburan asing merupakan perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh sesebuah negara. Perkara ini penting untuk membangunkan ekonomi sesebuah negara terutamanya negara-negara yang sedang membangun dengan pessat seperti negara kita.

      Huraikan faktor-faktor yang menggalakkan pelaburan asing ke negara kita.

Karangan Contoh

      Pelabur asing merupakan golongan yang penting dalam pembangunan sesebuah negara terutamanya bagi negara yang sedang membangun seperti negara kita. Hal ini amat penting untuk dititikberatkan kerana pelabur asing merupakan pihak yang boleh menjadi batu loncatan untuk negara kita mencapai kemajuan seiring dengan negara maju yang lain. Pihak yang bertanggungjawab di negara ini haruslah aktif memainkan peranan, contohnya bertemu dengan pelabur asing bagi memberikan penerangan yang berkaitan dengan hal ini. Dengan cara itu, sudah tentu pelabur-pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara ini iaitu apabila mereka yakin akan mendapat pulangan yang sewajarnya hasil daripada penerangan tersebut. Oleh hal yang demikian, pelabur asing memang dialu-alukan untuk melabur di negara kita ini.

      Faktor yang boleh mendorong pelabur asing yag lebih banyak melabur di negara kita ialah faktor kestabilan politik. Sudah tentu pelabur tidak akan teragak-agak, malah mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam hal ini sekiranya keadaan politik negara kita stabil. Kita perlulah mempertahankan dan mengekalkan kestabilan politik yang sudah lama wujud di negara kita. Tambahan pula, pada zaman sekarang, tidak banyak negara yang stabil dari segi politik yang menyebabkan pelabur akan berfikir dua kali untuk membuat pelaburan di sesebuah negara. Dengan kelebihan yang kita miliki itu, kita harus memanfaatkannya dengan sebaik-baik yang mungkin kerana peluang baik seperti itu mungkin tidak akan datang bergolek pada masa akan datang.

      Dengan adanya tenaga kerja yang banyak, perkara ini boleh membantu negara untuk meningkatkan pelaburan asing. Perkara ini dapat dilihat apabila sesebuah negara itu mempunyai banyak pekerja untuk melakukan sebarang pekerjaan di samping upah kerjanya yang murah. Oleh itu, pelabur asing akan tertarik untuk melabur di negara kita dan seterusnya mereka akan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak di negara ini. Secara tidak langsung, negara kita akan dapat banyak manfaat dalam satu masa seperti kata pepatah, “sambil menyelam minum air”. Oleh itu, masalah pengangguran akan dapat dikurangkan dan secara tidak langsung pelaburan itu akan meningkatkan taraf hidup masyarakat Malaysia.

      Pelabur asing yang datang ke negara kita ingin akan layanan yang baik dari negara kita, termasuklah kemudahan infrastruktur. Kemudahan-kemudahan seperti sistem jalan raya, pelabuhan, lapangan terbang dan jaringan komunikasi merupakan prasyarat dan perkara yang sangat penting untuk membawa produk mereka ke luar negara untuk dipasarkan di pasaran antarabangsa. Oleh sebab itu, pihak kerajaan harulah menyediakan kemudahan yang lengkap untuk menarik pelabur asing yang lebih banyak supaya masuk ke negara ini. Layanan yang baik ini akan memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang berada di negara ini dan membawa rakan-rakan pelabur asing yang lain melabur di negara ini.

      Faktor birokrasi juga turut memainkan peranan penting bagi menentukan kemasukan pelaburan asing. Hal ini demikian kerana, jika faktor birokrasi sesebuah negara itu tidak terlalu ketat, sudah pasti pelabur asing akan tertarik untuk melabur di sesebuah negara itu. Birokrasi seperti urusan pentadbiran yang merumitkan pelabur, contohnya sesuatu permohonan yang memerlukan masa yang lama untuk diluluskan akan menyusahkan para pelabur asing dan akan menyebabkan mereka menarik pelaburan ke negara lain. Secara tiidak langsung, perkara ini akan memberikan impak terhadap negara ini. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa, “kerana nila setitk, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, pihak berkuasa haruslah memastikan urusan pentadbiran di negara ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan yang akan memudaratkan negara.

      Kegiatan pelaburan asing sering sahaja dikaitkan dengan aspek kestabilan ekonomi sesebuah negara. Dengan cara itu, faktor ekonomi sesebuah negara juga tidak terkecuali daripada pertimbangan para pelabur sebelum melabur di sesebuah negara itu. Sudah tentu para pelabur akan mencari negara yang mempunyai ekonomi yang stabil bagi meluaskan perniagaan mereka untuk mendapat pulangan yang menguntungkan mereka. Jika sesebuah negara itu mundur dan kekurangan modal, tidak mungkin para pelabur akan berminat untuk melabur di sesebuah negara itu kerana hal ini tidak akan memberikan keuntungan kepada mereka. Oleh itu, sesebuah negara itu pula akan menjadi semakin mundur dan tidak akan mendapat keuntungan dari luar negara. Dengan kata lain, faktor ekonomi merupakan faktor yang sangat penting untuk memajukan sesebuah negara. Untuk menarik pelabur asing, sesebuah negara itu haruslah berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

      Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana kemajuan bagi sesebuah negara. Usaha-usaha yang berkesan haruslah ditingkatkan untuk menarik pelabur asing di negara kita. Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara, sudah pasti ekonomi bagi sesebuah negara itu sukar untuk berkembang dengan pesat. Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. Oleh itu, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendak mencari jalan untuk menarik pelabur dan menyediakan peluang yang lebih banyak kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Hasil nukilan Norfazlina binti Idris (6A1)

Friday, October 29, 2010

Fokus Karangan Bahan Rangsangan SPM 2010 – Kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.

Dengan berdasarkan soalan percubaan Bahagian A (Karangan Bahan Rangsangan) negeri Perak, isu yang diketengahkan ialah kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara.


Soalan contoh (Rujuk Soalan Karangan Bahagian A, Peperiksaan Percubaan Bahasa Melayu negeri Perak 2010 daripada blog Cikgu Zaki).

Gambarajah di bawah menunjukkan sebahagian daripada sambutan kemerdekaan negara. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan-kebaikan mengadakan sambutan kemerdekaan negara pada setiap tahun. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Rangka Karangan

Pendahuluan
• Hari ulang tahun kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun mempunyai banyak kepentingannya

Isi-isi (Sudah disediakan dalam bahan rangsangan)
• Memupuk semangat patriotik
• Memupuk perpaduan kaum
• Menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan

Penutup
• Hari ulang tahun kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat

Karangan Contoh

      Hari ulang tahun kemerdekaan negara yang kita sambut setiap tahun mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri. Hari tersebut merupakan hari kebesaran negara yang perlu disambut dan dihayati oleh semua rakyat yang cinta akan negara ini. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Oleh itu, sambutan hari tersebut hendaklah diteruskan agar generasi muda yang menjadi tonggak negara pada masa hadapan akan mengerti dan menghayati kebaikannya.

      Kebaikan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara. Dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, seseorang itu akan merasai pengalaman itu sendiri dan berasa megah dengan hari kemerdekaan negaranya sendiri. Perkara ini demikian kerana, tak kenal maka tak cinta, iaitu seseorang itu akan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna melalui penglibatan dan penyertaannya dalam sambutan hari ulang tahun kemerdekaan atau menyaksikan majlis sambutan tersebut secara langsung.

      Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan Bajau turut serta dalam sambutan terebut. Perkara ini tentunya akan menjadi bukti bahawa perpaduan kaum dapat dipupuk dan disuburkan melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

      Melalui sambutan hari ulang tahun kemerdekaan juga, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Kita akan memahami dan menghayati pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta, nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara kita. Dengan cara itu, sebagai rakyat negara ini, kita akan sedar dan berazam untuk mempertahankan kemerdekaan negara kita sampai bila-bila.

      Intihanya, ulang tahun hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan. Oleh itu, kerajaan hendaklah menjalankan kempen melalui media massa untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan sambutan ulang tahun tersebut. Hal ini bersesuaian dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh pucuk pimpinan negara kita pada masa ini yang mementingkan aspek perpaduan kaum. Sekiranya usaha ini tidak dijalankan, sudah pasti rakyat negara kita kurang menyedari kepentingan sambutan hari ulang tahun kemerdekaan negara.

Saturday, October 23, 2010

ANALISIS SOALAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN SPM 2010 (Soalan Percubaan Negeri-negeri)

Analisis Soalan Karangan Bahagian (A) Peperiksaan Percubaan BM SPM Negeri-Negeri Seluruh Malaysia Tahun 2010

Bil.
Negeri/Institusi
Isu
Fokus soalan
Isi Dalam Bahan Rangsangan
1.
Perlis
Kemalangan jalan raya
Punca-punca
Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan ilustrasi tentang kemalangan jalan raya
2.
Kedah
Aktiviti khidmat masyarakat
Faedah-faedah
- membina sikap sukarela – Modul 
  Khidmat Komuniti Program Khidmat  
  Negara
- mengukuhkan semangat kerjasama – 
  aktiviti gotong-royong
- memupuk perasaan cinta akan alam 
  sekitar – aktiviti kokurikulum
3.
Pulau Pinang
Remaja cemerlang
Ciri-ciri
- mementingkan ilmu
- menghormati ibu bapa
- yakin diri
4.
Perak
Sambutan kemerdekaan negara
Kebaikan-kebaikan
- memupuk semangat patriotik
- menghargai jasa pemimpin
- memupuk perpaduan
5.
Selangor
Semangat kejiranan
Usaha-usaha untuk memupuk
- bergotong-royong
- amalan ziarah-menziarahi
- rumah terbuka
6.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Perpaduan kaum di Malaysia
Cara-cara memupuk
- amalan rumah terbuka
- sikap hormat-menghormati
- sistem pendidikan yang    
  menggalakkan integrasi kaum
- terlibat dalam aktiviti sosial yang
  disertai oleh pelbagai kaum
7.
Negeri Sembilan
Amalan gaya hidup sihat
Cara mempraktikkan
- pengambilan makanan seimbang
- bersukan
- pemeriksaan kesihatan
8.
Melaka
Warisan Negara
Kepentingan memelihara
- daya tarikan pelancong
- memupuk semangat patriotik
- mengekalkan nilai seni dan  
  estetika
- mengenang sejarah negara
9.
Johor
Perpaduan kaum di Malaysia
Kepentingan mengamalkan
- mewujudkan masyarakat   
  harmoni
- menarik kedatangan pelancong
- memajukan ekonomi negara
- meningkatkan keamanan negara
10.
Kelantan
Amalan membaca
Langkah-langkah untuk membudayakan
- ibu bapa menjadi suri teladan
- kempen membaca
- mengadakan pesta buku
11.
Terengganu
Amalan gaya hidup sihat
Cara yang sewajarnya dipraktikkan oleh setiap individu
- amalan pemakanan seimbang
- kebersihan diri dan persekitaran
- bersukan dan beriadah
- pemeriksaan kesihatan
12.
Sarawak
Hubungan kekeluargaan
Cara-cara mengeratkan
- makan bersama-sama
- meluangkan masauntuk bercuti
- mendengar masalah
- membantu dalam pelajaran
13.
Sabah
Pelancongan di Malaysia
Kelebihan-kelebihan sebagai sebuah negara pelancongan
- pulau
- gunung
- wau
- silat
14.
Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster KPM
Aktiviti masa lapang
Cara-cara remaja boleh memanfaatkan
Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan gambar tentang lawatan ke tempat bersejarah, membaca buku, bergotong-royong, dan hari keluarga.
15.
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)
Rumah Idaman
Kriteria-kriteria yang menjadi pilihan pembeli
Tiada isi diberikan, cuma dipaparkan gambar tentang iklan rumah dengan butir-butir yang berkaitan dengan rumah tersebut.
16.
Yayasan Islam Kelantan (YIK)
Amalan gaya gidup sihat
Faedah-faedah
- Pemeriksaan kesihatan
- jauhi daripada merokok
- amalan bersenam
- menjaga pemakanan